Sunday, June 27, 2010

Partial Lunar Eclipse

Semalam berkesempatan ke Planetarium Negara utk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa. Program bermula dr jam 7:22 pm hingga 10:20 pm di sekitar main entrance of National Planetarium. Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) tlh menyediakan bbrp buah teleskop utk org awam menyaksikan PLE (GBS). After register, we all get a tin of Eclipse Mints, each..hehee~ Sbb, we all be the first 300 visitors attending the program.. =)



Alright, ni ada serba sdkt info yg diperolehi dr Planetarium Negara mengenai fenomena Gerhana Bulan Separa. Umumnya, Gerhana Bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yg sama Bulan melintasi bayang Bumi.


Pada 26 June, jam 04:57 pm waktu Malaysia, Gerhana akan bermula dgn fasa penumbra (P1). Pada fasa ini, Gerhana masih tidak dpt diperhatikan sbb Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yg kurang gelap dan kebetulan pd waktu itu Bulan masih belum terbit.


Menurut jangkaan, fenomena Gerhana ini hanya dpt disaksikan apabila Bulan mulai terbit pd jam 7:22 pm dan Bulan tlh pun memasuki bayang umbra Bumi (U1) sejak jam 06:17 pm lagi. Gerhana maksimum akan berlaku pd jam 07:38 pm. Fenomena Gerhana ini dpt disaksikan sehingga 09:00 pm apabila Bulan keluar sepenuhnya dr umbra Bumi (U4).


Realitinya, semalam Gerhana Bulan Separa tidak dpt disaksikan, ini disebabkan oleh cuaca yg tidak mengizinkan. Awan mendung tlh menutupi dr pandangan. Sebenarnya, jika langit cerah slps matahari terbenam, kita boleh lihat fenomena ini dgn mata kasar.


Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 10:20 pm, tetapi fenomena tersebut tidak dpt disaksikan pd waktu itu sbb Bulan berada di kwsn bayang penumbra Bumi yg kurang gelap.


Ringkasan fasa-fasa Gerhana Bulan Separa pada 26 June 2010
Fasa P1 - 04:57 pm ~ Bulan mula memasuki "Penumbra"
Fasa U1 - 06:17 pm ~ Bulan mula mengalami fasa gerhana separa
Fasa Maksimum - 07:38 pm ~ Bulan berada separa dlm "Umbra"
Fasa U4 - 09:00 pm ~ Bulan keluar sepenuhnya dari "Umbra"
Fasa P4 - 10:20 pm ~ Bulan keluar dari "Penumbra"


Alright, that's it. 
Come! Let's see and do check it out pictures yg sempat di snap-snap... V(~_^)








:: Pictures all phase ::

:: Pictures GBS yg diambil oleh pihak Planetarium Negara ::

:: Partial Lunar Eclipse ::

Erk! Nmpk ke cik? HaHaa ;D

:: cucuk bintang  o.o ::


GERHANA AKAN DTG DI MALAYSIA
21 DISEMBER 2010 - GERHANA BULAN PENUH
LIPUTAN DI SABAH dan SARAWAK

No comments:

Post a Comment