Thursday, July 1, 2010

Cinta Pertama vs Cinta Utama

"Mekar di kamar hati cinta pertama, engkau ciptaan seni idaman kasih..." Ayat ni bkn dr heartytuan, ini lyric lagu ye..hehee~ Bertahan ke cinta pertama ni? cinta pertama ke cinta monyet? Al-maklumlaa, msg2 ingin disayangi dan diberi perhatian, lg2 di kala usia muda kan.. Maka cinta pertama biasa terjadi waktu zmn sekolah laa kan (bukan semua), heartytuan terkecuali k..ahahah~ Tapi, Alhamdulillah kpd mereka2 yg cinta pertamanya berakhir ke jinjang pelamin.


 awak, amek la bunge ni.. hikhik


Heartytuan tertarik dgn kisah ini, dipetik dr buku yg sedang dibaca 'Nota Hati Seorang Lelaki' di bahagian 'Nota Hati Seorang Suami'. Buku ini sgt menarik, byk input yg berguna dlm kehidupan seharian kita. Walaupun anda bukan lelaki, boleh juga baca buku ni. Alright, jom ikuti kisah ini.....



Beriya-iya benar pertanyaan itu diajukan kpd saya. Ya, sukar benar dia melupakan cinta pertamanya.
"Sudah 10 tahun berlalu, tp hati masih teringat si dia," akuinya terus terang.
"Kenapa terpisah?" tanya saya simpati.
"Orang tua ada pilihan lain." 
"Dia telah berkahwin?"
"Sama macam saya. Kami sama-sama sudah berkahwin. Saya mempunyai dua orang cahaya mata, dia baru sorang."
"Cinta isteri sekarang?" tusuk kata saya perlahan.
Dia termenung.
"Tidak cinta barangkali, cuma terpaksa," tebak saya.
"Eh, tidak. Dia seorang isteri yang baik, cuma..."
"Cuma tak dapat melupakan cinta pertama?"
Dia mengangguk.
"Cinta bukan Tuhan," tegas saya.
"Maksudnya?"
"Kita tak perlu tunduk kepadanya. Jangan apa sahaja perintahnya diikuti. Jangan menjadi hamba cinta pertama!"
"Entahlah, keliru pula."
"Jadi hamba cinta utama."
"Cinta utama?"

"Cinta Allah cinta yang utama. Bila kita telah cinta yang utama, cinta yang lain akan tunduk akur kepadanya."
"Mungkin bekas kekasih saya dulu terbaik."
"Mungkin juga. Tapi dia terbaik untuk suaminya kini. Dan awak juga terbaik, untuk isteri awak kini."
"Siapa boleh menjamin kata itu?"
"Cinta Utama, Allah. Bila Allah mentakdirkan sesuatu, sesuatu itu pasti yang terbaik untuk hamba-Nya. Maha Suci Allah daripada bersifat zalim."
"Saya tak pasti. Benarkah begitu?"

Saya tepuk belakangnya.
"Ilmu kita terbatas, ilmu Allah maha luas. Tidak dapat kita jangkau hikmah takdir Allah yang tersirat. Jika belum nampak kebaikannya masa kini, masa akan datang pasti akan terserlah jua. Sebagai hamba yang beradab, katakan begini : Ya Allah, aku belum nampak lagi kebaikan takdir-Mu kini tetapi aku pasti ketentuan-Mu pasti ada kebaikannya nanti."
"Jadi apa jalan keluarnya?"
"Cintailah apa yang ada, jangan cintai apa yang tiada. keluar drpd kenangan masa lampau, hadapi kenyataan hari ini."
"Ah, sukarnya..."
"Lebih sukar jika yang ada sekarang terlepas dari genggaman."
"Maksud awak?"
"Seorang isteri, dua orang anak, sanggup awak korbankan kerana cinta pertama?"
"Tergamakkah saya buat begitu?"
Matanya memandang redup, jauh ke hadapan.
"Awak yang mesti menjawab soalan tu. Bukan saya."
"Kalau awak jadi saya?"
"Jika saya jadi awak. Jawapannya ya. Awak kan mengagungkan cinta pertama? Bukan saya."
"Tak sanggup..."
"Jika tak sanggup, lupakan. Kita tidak boleh mengubah peristiwa yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah perasaan kita terhadapnya. Jika kita tak dapat apa yg kita suka, sukailah apa yang kita telah dapat. Jangan putus cinta dua kali."
"Apa caranya?"
"Cintailah cinta yg utama. Bila kita cintakan Allah, kita mampu mengubah cinta kita selaras dengan kehendak-Nya."
"Apa kehendak Allah terhadap saya?"
"Mencintai isteri. Setiap suami mesti mencintai isterinya, bukan bekas kekasihnya!"


Moral of the story, ingin diulangi ayat ini ; "Cintailah cinta yg utama. Bila kita cintakan Allah, kita mampu mengubah cinta kita selaras dengan kehendak-Nya." Semoga Allah memberkati segalanya.Amin Ya Rabbal'alamin.

2 comments:

  1. Petikan daripada buku Nota Hati Seorang Lelaki.Ust Pahrol.Terkesan membacanya.

    ReplyDelete