Tuesday, July 13, 2010

Sya'baan.. Ahlan Wa Sahlan~

Pejam celik pejam celik (,")(",), satu haribulan sya'baan sudah hari ini.. Salam sya'baan semua! Masa berlalu sgt pantas, hari-hari adlh lembaran baru buat kita semua, marilah sama-sama kita memanfaatkan stp detik dan saat dgn sebaik-baiknya, InsyaAllah...

Dlm dok mengemas2 brg td, terjumpe laa artikel masa zmn sekolah dulu.. Alhamdulillah elok lg, nasib tak dimakan anai-anai.. Makanya, sy pun tertarik utk share di Blog heartytuan ini utk tatapan mrk yg dtg menyinggah... InsyaAllah, secubit yang sy ungkapkan, mudah-mudahan selaut yg dapat kita fikirkan dan juga renungkan bersama.


Engkau Sakit, ya Rasulullah?

Tidak lama para sahabat menunggu, Rasulullah lalu muncul di dlm masjid. Kehadiran baginda menimbulkan suasana damai. Begitulah sentiasa... apabila berjumpa dgn baginda, sekeras mana pun hati manusia, akan segera lembut terutama apabila memandang wajah baginda yg bercahaya dan selalu tersenyum.

Saidina Bilal berdiri, lalu menyerukan qamat. Para Sahabat beratur di blkg Rasulullah, menunaikan perintah Allah bersama-sama baginda. Inilah ketenangan dan nikmat yg tidak terkira buat para sahabat.

Ketika Rasulullah membaca surah pada rakaat pertama, para Sahabat mendengar alunan suara baginda menggeletar perlahan. Dan setiap kali Rasulullah menggerakkan tubuh utk rukuk dan sujud, kedengaran bunyi seakan-akan pergeseran sendi. Adakah baginda sakit?

Selepas membaca salam dan doa, Saidina Umar mewakili para Sahabat lalu bertanya, Engkau Sakitkah, ya Rasulullah?


:: Masjid Nabawi ::


Baginda lalu menggeleng lembut dan berkata "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar".

"Pasti engkau sakit ya Rasulullah," ungkap Saidina Umar memastikan.

Baginda melemparkan senyuman ceria. Tetapi wajah baginda nampak sedikit pucat.

"Ya Rasulullah kenapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami dengar bunyi sendi-sendi bergesel di tubuhmu? Kami yakin engkau sedang sakit", desak Umar penuh kecemasan.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para Sahabat terkejut. Perut Rasulullah yg kempis, kelihatan terlilit sehelai kain yg berisi batu-batu kerikil, untuk menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yg menimbulkan bunyi-bunyian halus setiap kali bergeraknya tubuh Rasulullah.

Saidina Umar berucap dgn wajah sedih, "Ya Rasulullah! Adakah bila Rasulullah menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buatmu?"

Saidina Umar menangis . Para Sahabt turut sedih dan pilu.

Rasulullah tersenyum memandang Sahabat-sahabatnya. Baginda tahu betapa kasihnya mereka terhadapnya. Hatta nyawa sanggup mereka korbankan untuk Rasulullah. Lalu Baginda pun menjawab dengan lembut :
"Tidak para Sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah yg akan ku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi bebanan kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yg kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lg tiada yg kelaparan di akhirat kelak".

Pagi itu para sahabat keluar dari masjid dgn wajah tertunduk. Ingatan terhadap pengorbanan Nabi pada umatnya, masih tersimpan di hati masing-masing, membuat cinta dan kasih mereka makin subur pada Baginda.


ALLAHUAKBAR! Marilah kita mengalun Salawat ke atas Baginda junjungan S.A.W sebagai tanda Cinta dan Kasih kepadanya spy sentiasa kekal subur.

No comments:

Post a Comment